Kafe@TEEN - LPPKN
 


Selamat datang di kafe@TEEN, sebuah kafe interaktif untuk remaja                                    Laman web ini ditujukan untuk pengunjung yang berumur 13 hingga 24 tahun
 

 Sekapur Sirih  
 
 
 


Y.B. Senator Dato' Sri Sharizat Abdul Jalil
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menjadi sistem penyampaian perkhidmatan yang disediakan oleh KPWKM dan agensi-agensinya kepada kumpulan sasar di semua peringkat, baik ibu pejabat, negeri mahupun daerah, sebagai suatu perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan.

 

 
 

 e-forum  
 
 
 
Id Pengguna
Kata Laluan


 
PENDAFTARAN AHLI

 Perkhidmatan  
 
 
 

PERKHIDMATAN KLINIK DAN KAUNSELING YANG DISEDIAKAN DI kafe@TEEN

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh doktor, kaunselor, pegawai dietetik dan jururawat. Ianya ditawarkan secara percuma selama tempoh promosi. Berikut adalah perkhidmatan tersebut.

  • Kesihatan reproduktif
  • Masalah Kulit
  • Kesihatan Mental
  • Pengawalan berat badan
  • Berhenti Merokok
  • Kaunseling masalah sosial dan kesihatan reproduktif
     

 
 

 Kalendar  
 
 
2 September 2008
Khidmat Kaunselor


  
8 Julai 2008
Khidmat Kaunselor


  
9 Julai 2008
Khidmat Kaunselor


  
13 Mei 2008
Khidmat Kaunselor


  

 Aktiviti  

Aktiviti Terkini
 
 
 
Berita Terkini!!
Mulai bulan Ogos 2008, Pusat Remaja kafe@TEEN di Ibu Pejabat LPPKN, Jalan Raja Laut akan beroperasi pada setiap hari Sabtu jam 10.00 pagi – 5.00 petang.


  
  
Bengkel Kesejahteraan Hidup Remaja Tanpa Hiv/Aids Smk Seri Hartamas
Pada 4 November 2008, kafe@TEEN telah mengadakan Bengkel Kesejahteraan Hidup Remaja Tanpa HIV/AIDS


  
  
Bengkel Pembangunan Diri Remaja
Bengkel Pembangunan Diri Remaja Siri II diadakan pada 14-16 November 2008 di kem PLKN White Resort, Balik Pulau.


  
  
Laporan Bengkel Kesejahteraan Hidup Remaja Untuk Sukarelawan 2008
Bersempena dengan musim cuti sekolah, bengkel kesejahteraan hidup remaja untuk sukarelawan telah diadakan pada 16 Disember 2008 di Bilik Latihan II, Tingkat 13 bangunan LPPKN dengan penyertaan seramai


  

 Kemudahan  
 
 
 

Kemudahan-kemudahan yg ditawarkan meliputi :

>>Komputer Berinternet
>>Mini Perpustakaan
>>Indoor Games
>>TV/CD
>>Bilik Mesyuarat
>>Pantry untuk makan/minum

Para remaja yang mendaftar sebagai ahli kelab sahabat  kafe@TEEN boleh menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan

 


 

 
 

 Tips  
 
 
TIPS BERHENTI MEROKOK

Kenapa perokok mesti berhenti merokok dengan segera?

· Merokok menjejaskan kesihatan diri sendiri

· Asap rokok juga menjejaskan kesihatn orang lain yang tidak merokok

· Merokok menyebabkan ketagihan yang amat-amat menyiksakan diri

· Lagi lama merokok, lagi teruk kerosakan yang akan terjadi

· Lagi lambat usaha untuk berhenti merokok dimulakan, lagi sukar untuk berjaya

· Banyak faedah yang akan diperolehi dengan segera apabila berhenti merokok

 

Ingin berhenti merokok? Praktikkan kaedah 12M

v Melengah-lengah

v Menahan diri

v Menarik nafas panjang

v Minum air banyak

v Menyibukkan diri

v Melakukan senaman

v Mengalihkan perhatian

v Menjauhkan diri dari perokok

v Mengunyah sesuatu

v Mengambil wudhu / mandi

v Membayangkan sakit

v Munajat / meditasi / doa


  

 Petua  
 
 
Petua Pemakanan Sihat

APAKAH DIA PEMAKANAN SIHAT?

 1. Makan pelbagai jenis makanan supaya tubuh kita memperolehi kesemua  zat makanan yang diperlukan

2. Makan mengikut keperluan

3. Makan lebih sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin untuk menambahkan pengambilan serat.

4. Mengurangkan pengambilan lemak dan kolestrol.

5. Minum air secukupnya, 6 hingga 8 gelas sehari.

6. Pilih makanan yang bersih dan selamat.

7. Pilih makanan yang kurang gula dan garam.

 

PETUA PEMAKANAN SIHAT

 1. Pilih makanan yang tinggi kandungan serat seperti bijirin mil penuh atau oats

2. Lebihkan sayuran di dalam mee, mee hoon atau kuey teow yang dimasak.

3. Pilih nasi putih, nasi briyani dan lain-lain.

4. Makan buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.

5. Gantikan minuman kordial atau bergas kepada jus buah-buahan.

6. Pilih sayuran segar. Jadikan sebagai ulam jika sesuai.

7. Pelbagaikan pengambilan protein dari sumber haiwan atau tumbuhan.

8. Buangkan kulit atau lemak yang terdapat pada ayam atau daging.

9. Kerapkan pengambilan makanan yang dikukus, dipanggang atau dibakar seperti masak pindang, bakar, sup atau asam rebus.

10. Pilih hasil tenusu yang rendah lemak.

11. Kurangkan makanan bergoreng.

12. Gunakan sedikit sahaja marjerin, jem, kaya atau mentega kacang bersama roti atau biskut.